October 31, 2012

Mengumpat! Nah kali ni aku yang kena

Assalammualaikum untuk semua...

hari ini saya nak bercerita pasal pengalaman yang baru ja saya kena.

masa menjalani latihan praktikal tadi, saya dan kawan-kawan yang menjalani latihan praktikal tadi menjalani solat fardhu zohor di surau tempat saya praktikal

waktu habis bersolat tiba-tiba ain cakap dekat saya "kak balik ni ain nak tweet la imam muda ashraf nak tanya hukum mengumpat dalam surau"

saya dengan lurus bendulnya n dengan muka poyo pun jawab "kalau tak silap kak, mengumpat adalah bercakap benda-benda yang lagha.tak kira la dalam masjid ataupun surau kalau kita cakap benda-benda yang lagha kan salah."

pastu masa masuk dalam lif tiba-tiba ain cakap lagi dekat saya "hari ni kan solat ain tak khusyuk"

pastu saya n kawan2 yang lain pun tanya kenapa.

ain pun kata sebab dia dengar ada orang mengumpat kata SAYA SOLAT CEPAT.

tersentak la juga saya.
tak sangka saya jadi perhatian lak kan. rasa artis sekejap. griawwww....

ok back to discussion.



pas2 saya tanya sapa.. ain kata salah sorang tu makcik department sebelah department tempat saya praktikal n masa ain sebut nama makcik 2 saya terkejut la sebab saya memang kenal makcik 2.

pas2 saya pun cakap "takpe, bukan semua orang terpilih nak dapat pahala free"

kalau ditanya secara honest mmg saya tersinggung. bagi saya kenapa seorang yang lebih berusia tidak mampu untuk menegur dengan baik daripada memilih jalan untuk mengumpat saya. dah banyak sangat ke pahala makcik oii?

sedih, jiwa kacau, kecewa semua ada la...

saya memuji tindakan ain yang sebelum ini menegur saya bersolat dengan cepat dan bila saya jelaskan saya bersolat cepat kerana membaca surah yang pendek ain boleh menerima jawapan saya tu.

walaupun ain berumur 20 tahun di mana 3 tahun lagi muda dari saya, namun mentalitinya yang mampu menegur ke arah kebaikan amat saya kagumi. betul cakap mama saya "jangan ingat yang tua tu berilmu n yang muda itu jahil"

buktinya berlaku hari ini.

intipati peneguran yang sama!
cara berbeza!

ain yang muda menggunakan peneguran secara berhadapan menegur saya dengan cara tidak memalukan saya

sedangkan seorang makcik yang tua hanya mampu menggunakan umpatan sebagai method tegurannya.

solat adalah ibadat yang mendidik kita sebagai manusia. sebagai salah satu cara kita berkomunikasi dengan Allah S.W.T

justeru siapa kita nak menilai kualiti solat seseorang.

yang tu kerja Allah...jangan ganggu kerja Tuhan sedangkan kerja sebagai manusia di muka bumi ni pun tak terbuat.

ingin saya tegaskan di sini, kerja juga adalah ibadat. Islam memudahkan. bagi saya tak salah kalau saya solat dengan recite surah yang pendek jika niat saya ingin cepat menyelesaikan kerja yang tertangguh.

namun, kalau niat saya ni disalah ertikan...tak pa la...saya tak nak dipandang di mata manusia tapi cukup dipandang di mata Allah.



sebab Allah yang ciptakan saya bukan manusia. so, kalau makcik tadi masih nak bercerita n nak menggunakan saya sebagai topik perbualan GO AHEAD!

teruskan...dan kalau pahala makcik dah habis makcik dermakan pada saya...terimalah n sila tanggung dosa saya yang menggunung ni.


di sini saya nak petik satu hadis Rasullullah S.A. W mengenai mengumpat ni :-

Maksudnya: Jauhkan oleh kamu akan dirimu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. Dikatakan bagi Rasulullah s.a.w : Betapa? Ertinya, kerana apa mengumpat itu lebih besar daripada zina?. Bersabda baginda : Bahawasanya seorang lelaki itu terkadang dia berzina dan lantas bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya sehingga memaaf baginya oleh orang yang diumpatnya. ( Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan Abu Asy-Syeikh dari Jabir dan Abi Sa’id )

maksud hadis ni mengumpat tu lagi teruk dari berzina sebab orang yang berzina boleh memohon keampunan dari Allah n kalau Allah terima taubat org berzina tadi maka dosa zina dia 2 clean. tapi orang mengumpat ni dosa dia tak lepas lagi dia tak minta maaf dengan orang yang diumpatnya tu.


tapi 6 tempat yang membolehkan umpatan 2 terjadi ialah :-

  1. Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya
  2. Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu
  3. Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk
  4. Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat
  5. Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya
  6. Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu.

saya sedar saya ni manusia biasa yang ada banyak kekurangan. jadi sebagai seorang manusia yang banyak kekurangan saya sedar saya perlukan banyak komen YANG POSITIF dari orang sekeliling. justeru, tolonglah tegur saya dengan cara BERHIKMAH instead of mengumpat.

sekian , wassalam

jumpa lagi untuk post akan datang

^-^

No comments:

Post a Comment