today saya nak share satu story dgn u ollz...
cerita ni mama saya yang cerita. masa mula2 dengar cerita ni saya ketawa la sebab bagi saya cerita ni kelakar. mungkin masa cerita ini disampaikan pada saya masa 2 saya masih belum memahami intipati sebenar cerita itu.
as saya dh grew up older, now, saya faham maksud intipati cerita tu. jadi sebenarnya, cerita yang mama saya ceritakan ni agak berkias pasal fenomena yang selalu berlaku hari ni...jom baca cerita ni..
KISAH LANGIT, LAUT DAN AWAN
suatu masa dulu, laut dan langit ditakdirkan bercinta. langit dengan laut selalu memadu kasih dan berjanji sumpah setia. standard macam orang bercinta la. kisah cinta laut dan langit ni sebenarnya dicemburui oleh awan. bagi awan kenapa langit pilih laut sebagai kekasih sedangkan awan lagi dekat dengan langit dari laut. jadi bagi menghalang kisah cinta langit dan laut, awan selalu lindung langit dari pandangan laut. perangai busuk hati awan ni diperhatikan oleh angin.
oleh kerana terlalu rindukan kekasih hatinya, langit pun hampir setiap hari menitiskan air mata (hujan) supaya laut faham akan keadaannya. akibat terlalu kasihan pada langit dan laut, suatu hari angin pun meniupkan awan ke tempat lain. supaya langit dan laut boleh bercinta semula.
kalau dear readers perhatikan la di penghujung pantai, kita akan nampak langit dan laut seakan-akan bersatu.
moral of story, tak kira la jauh mana pun kalau dah ditakdirkan kita dengan pasangan kita bersatu insyaAllah jodoh tu tak ke mana walau ada orang ketiga sekalipun.
kenapa saya kata kisah di atas ni sama dengan fenomena kita sekarang ni?
saya umpamakan langit sebagai seorang lelaki, laut sebagai seorang perempuan dan awan sebagai orang ketiga.
kalau kita perhatikan sekarang ni dalam masyrakat kita terutamanya, cinta tiga segi selalu sangat wujud. apabila ada 2 orang yang sedang berkasih memang akan wujudnya orang ketiga.
saya cuma kurang faham satu benda saja, kalau kita dah taw yang orang yang kita suka tu dah ada orang lain yang dia cinta kenapa mesti kita wujud di antara mereka?
kalau betul kita sayangakan seseorang tu at least we must learn to let that person go utk kebahagaiaan orang yang kita sayang. ni pendapat saya la.
sekian terima kasih
p/s : belajar melepaskan seseorang yang pernah kita sayang bukanlah perkara yang mudah namun kalau dengan melepaskannya akan membuatkan orang yang kita sayang lebih gembira, jadi lepaskanlah. kalau dah ditakdirkan orang tu jadi milik kita suatu hari dia akan datang balik dekat kita. cinta tak bermaksud memiliki sebaliknya cinta itu memberi.
No comments:
Post a Comment