Setiap hamba akan ditanya tentang empat perkara pokok di hari hisab iaitu :
a ) Bagaimana umur mereka semasa hidup di dunia dulu dihabiskan, samada ia dihabiskan dengan melakukan perkara-perkara yang baik atau buruk
b ) Bagaimana tubuh badan dan tenaga mereka digunakan semasa hidup di dunia dulu. adakah untuk melakukan sesuatu kebaikan atau maksiat
c ) Tentang ilmu mereka, apakah ia daripada ilmu yang baik atau ilmu yang jahat dan bagaiman pula ilmi itu diamalkan atau disebarkan
d ) tentang harta yang mereka dapat dan kumpulkan semasa di dunia dulu, apakah ia dari harta yang halal atau harta yang haram, dan apakah ia dibelanjakan ke arah kebaikan atau kejahatan
ketika pertanyaan ini dihadapkan nanti, seluruh tubuh akan menggeletar mengingatkan tentang perlakuan-perlakuan buruk yang telah dikerjakan semasa hidup dulu. semasa hidup di dunia dulu setiap orang dibekalkan dengan dua malaikat yang sentiasa memerhatikan setiap perlaksanaan serta mencatatkan setiap amalan baik dan jahat.
alangkah terkejutnya seluruh manusia bila dikembalikan kepada mereka kitab-litab amalan itu. ianya dibaca, dilihat dan didengar satu persatu tanpa satupun tertinggal.
p/s :pesanan untuk semua pembaca dan pesanan untuk diri saya juga.
~sekian~
No comments:
Post a Comment