December 29, 2010

yang mana satu anda?

setiap dari kita mempunyai kelebihan dalam sesebuah bidang. hal ini penting untuk kita mengenal pasti potensi diri as perkara-perkara sebegini la yg akan menjadi slh stu pnyebab sumbgn kta dlm dnia krjya kta.so,please urself utk mengenal potensi diri

Verbal (Pintar perkataan)

Keupayaan menggunakan bahasa untuk mengingat dan menghafal bagi menjelaskan peristiwa, berhujah, memahami dan memberi respons dalam pelbagai wahana seperti permainan perkataan, antonim, membuat analogi dan memahami maklumat dalam pelbagai bentuk set komunikasi

A1 : Keupayaan mengingat dan menghafal bagi menjelaskan peristiwa

A2 : Keupayaan berhujah

A3 : Keupayaan memahami dan memberi respons dalam pelbagai wahana seperti permainan perkataan, antonim dan membuat analogi

A4 : Keupayaan memahami maklumat dalam pelbagai

bentuk set komunikasi

Visual – Ruang – Bukan Verbal (Pintar ruang)

Keupayaan mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang, mentransformasi dan memanipulasi bentuk, warna, perspektif dan corak, menggambarkan dan mencipta sesuatu bentuk menggunakan ruang

A1 : Keupayaan mengguna ruang

A2 : Keupayaan menganggar ruang

A3 : Keupayaan mengintepretasi ruang

A4 : Keupayaan mentransformasi bentuk, warna, perspektif dan corak

A5 : Keupayaan memanipulasi bentuk, warna, perspektif dan corak

A6 : Keupayaan menggambarkan dan mencipta sesuatu bentuk menggunakan ruang


Logik Matematik (Pintar nombor)

Keupayaan menggunakan nombor untuk memanipulasi simbol abstrak, melihat dan meramal hubungan sebab-akibat, kehidupan seharian, mengecam pola dan simetri dan membuat penyelesaian secara logikal

A1 : Keupayaan menggunakan nombor untuk memanipulasi simbol abstrak

A2 : Keupayaan menggunakan nombor untuk melihat dan meramal hubungan sebab-akibat

A3 : Keupayaan menggunakan nombor untuk kehidupan seharian

A4 : Keupayaan menggunakan nombor untuk mengecam pola dan simetri

A5 : Keupayaan menggunakan nombor untuk membuat

penyelesaian secara logikal

Muzik (Pintar muzik)

Keupayaan menghargai dan mengapresiasi, menghayati, membuat persembahan dan menggubah muzik dan ritma

A1 : Keupayaan menghargai dan mengapresiasi muzik dan ritma

A2 : Keupayaan menghayati muzik dan ritma

A3 : Keupayaan membuat persembahan muzik dan ritma

A4 : Keupayaan menggubah muzik dan ritma

Naturalis (Pintar naturalisma)

Keupayaan mengenalpasti, mengklasifikasi dan mengapresiasi/menghargai bahan semulajadi seperti tanaman dan haiwan termasuk mineral dan cakerawala

A1 : Keupayaan mengenal pasti bahan semulajadi seperti tanaman dan haiwan termasuk mineral dan cakerawala

A2 : Keupayaan mengklasifikasi bahan semulajadi seperti tanaman dan haiwan termasuk mineral dan cakerawala

A3 : Keupayaan mengapresiasi/menghargai bahan semulajadi seperti tanaman dan haiwan termasuk mineral dan cakerawala

Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani)

Keupayaan mengawal dan memahami pergerakan tubuh

A1 : Keupayaan mengawal pergerakan tubuh

A2 : Keupayaan memahami pergerakan tubuh

Kreativiti (Pintar minda)

Keupayaan melihat daripada perspektif berbeza serta menghasilkan idea dan konsep yang asli

A1 : Keupayaan melihat daripada perspektif berbeza

A2 : Keupayaan menghasilkan idea dan konsep yang asli

Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial)

Keupayaan mengorganisasi, berkomunikasi dan berinteraksi (dalam pelbagai bentuk set komunikasi), dan menjalinkan hubungan serta bekerjasama dalam kumpulan

A1 : Keupayaan mengorganisasi dalam kumpulan

- merancang, menyusun atur kerja, mentadbir, memimpin, mendorong, mempengaruhi

A2 : Keupayaan berkomunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai bentuk set komunikasi (verbal dan bukan verbal) dalam kumpulan

A3 : Keupayaan menjalinkan hubungan serta bekerjasama dalam kumpulan

Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri)

Keupayaan memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat supaya boleh membantu orang lain

A1 : Keupayaan menilai kekuatan kendiri

A2 : Keupayaan menilai kelemahan kendiri

A3 : Keupayaan menilai bakat kendiri

A4 : Keupayaan menilai minat kendiri

Minat dan Kecenderungan

Minat ialah keinginan atau kesukaan atau kecenderungan pada sesuatu

so,yg mna stukah potensi diri anda?

No comments:

Post a Comment