ilmu adalah salah satu elemen yang penting dalam menjalani kehidupan sehari-harian kita. sama ada kita ssedar apa yang kita lalui setiap hari merupakan proses menimba ilmu. walaupun perkara yang kita pelajari adalah perkara yang remeh temeh belaka namun sekecil-kecil perkara itu jika mampu mengubah kita dan pandangan kita maka ianya adalah ilmu.
namun bagi setiap dari kita, lupa mengenai kepentingan ilmu dalam kehidupan kita. tanpa ilmu, kita umpama kehilangan maruah dan semua harta kita. sedangkan dalam menguruskan harta sekalipun kita haruslah mempunyai ilmu untuk mengendalikannya. demikiannlah pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia.
firman Allah SWT yang bermaksud
"Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki, dan sesiapa yang dikurniakan akan hikmah maka sesungguhnya ia telah dikurniakan dengan hikmah yang banyak"
seorang bijaksana pula pernah berkata
"hikmah itu cahaya bagi penglihatan dan taman pemikiran"
"orang yang tidak memiliki tidak boleh memberi"
"tuntutlah ilmu untuk diamalkan kerana manusia telah silap, jadilah imlu seperti gunung tetapi amalan mereka hanyalah sebesar zarah"
"sesiapa yang nipis mukanya (terlalu pemalu) nescaya sedikit ilmunya"
hakikat dunia pada hari ini semua orang sedar bahawa mereka sedang dalam proses menuntut ilmu. nmun berapa ramaikah di antara kita yang mengamalkan ilmu yang ada?
sedangkan kebanyakkan daripada kita sedar bahawa ilmu tanpa amal adalah sia-sia sahaja.
terdapat pula manusia yang mempunyai ilmu dan mengamalkan ilmu tetapi tidak menyampaikan ilmu. jadi di sini saya cuba menyampaikan sdikit sebanyak yang saya tahu tentang tuntutan menuntut ilmu.
berkata imam Asyma'l : "seawal-awal ilmu adalah senyap, keduanya mendengar dengan teliti, ketiga mengahafal, keempat beramal dengannya dan kelima menyampaikan ilmu tersebut"
dalam pepatah melayu juga ada menyebut "diam-diam ubi berisi"
maksud pepatah ini jangan sesekali kita memandang rendah kepada orang yang diam kerana di sebalik diam itu terdapat ilmu yang menggunung. namun harus kita sedar tak semua orang yang diam itu berilmu dan tak semua pula yang bercakap tidak berilmu. hakikat dunia hari ini semakin seseorang itu berilmu maka semakin banyak dia berdakwah.
ditanya kepada ibnu abbas bagaimana kamu mencapai ilmu ini?
"jawabnya :dengan lidah yang sering bertanya dan akal sentiasa berfikir"
berkata imam as Syafie pula
"kamu meninginkan kejayaan, namun kamu tidak menurut jalan-jalannya. sesungguhnya kapal itu tidak berlayar di atas daratan "
berdasarkan apa yang dikatakan oleh imam as Syafie dapat kita rungkaikan bahawa setiap daripada kita menginginkan kejayaan dan kemewahan namun berapa ramaikan dia antara kita yang berusaha ke arah itu?
yang terakhir sekali, berkata As sirri As saqati
"sesiapa yang tidak mampu mendidik dirinya nescaya dia tidak mampu mendidik diri orang lain"
sekian dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment