December 3, 2010

takut seorang wanita

Di sebuah daerah, ada seorang lelaki yang jatuh hati dengan seorang wanita yang selalu ditemui apabila wanita itu keluar dari rumahnya bagi menguruskan keperluan harian. pada suatu hari, seperti biasa wanita itu keluar dari rumahnya dan melalui jalan yang sama bagi menuju ke tempat yang dikehendaki. lelaki yang sering menunggu kehadiran wanita itu berasa gembira apabila wanita itu lalu mengekorinya dari belakang.

apabila tiba di daerah yang sunyi kerana pada masa itu waktu malam, orang yang tinggal di daerah itu kebanyakkan sudah tidur kerana rumah mereka kelihatan gelap gelita. lelaki yang sejak pagi tadi mengekori wanita itu menahannya dan memandang wajah wanita yang menjadi pujaan hatinya. lelaki itu berkata "saya ingin bersama dengan saudari,adakah saudari sudi?"

wanita itu yang terperanjat dengan pertanyaan lelaki itu dengan tenang menjawab, "saudara lihat dulu di sekeliling kawasan ini, adakah semua orang kampung sudah tidur?"

lelaki itu yang menyangka wanita itu sudah memberi persetujuan dengan hajatnya itu berasa gembira. dia pun meninjau sekeliling kawasan kampung itu bagi memastikan semua penduduk kampung sudah tidur. apabila dia rasa selamat kerana semua penduduk sudah tidur, lelaki itu pun mendekati wanita itu dan berkata dengan nada ceria "saya yakin semua orang sudah tidur"

wanita itu memandang lelaki yang berdiri itu dan berkata dengan nada perlahan. "apakah pandangan saudara dengan Allah? adakah pada masa ini Allah sedang tidur?"

lelaki itu terperanjat lalu berkata dengan suara yang lemah "sesungguhnya Allah pencipta makluknya tidak pernah tidur"

apabila mendengar jawapan dari lelaki itu, wanita itu berkata, "sesungguhnya Allah tidak pernah tidur dan Allah melihat apa yang dilakukan oleh manusia. walaupun orang yang tidur tidak melihat perbuatan kita, tetapi Allah tetap melihat perbuatan kita "

apabila melihat lelaki itu dia, wanita itu pun berkata "saudara, kita perlu takut kepada Allah"

apabila mendengar kata-kata daripada wanita itu lelaki itu pun terus meninggalkan wanita itu kerana takut kepada Allah. apabila sampai di rumahnya, lelaki itu bertaubat kepada Allah. ditakdirkan selepas itu lelaki itu pun meninggal dunia.

seorang lelaki yang tinggal sekampung dengan lelaki itu bermimpi bertemu dengan lelaki yang sudah meninggal itu. dalam mimpi itu dia bertanya kepada lelaki itu, "bagaimanakah Allah mengampunkan dosamu?"

lelaki yang sudah meninggal itu menjawab, "Allah itu amat penyayang. Dia mengampunkan segala dosaku kerana sifat takutku kepada Allah. saya juga telah meninggalkan dosa yang hendak saya lakukan"

demikian lah sebuah cerita yang saya petik melalui buku "selembut bicaara". buku-buku ini mengisahkan perjuangan wanita-wanita pada zaman dahulu. persoalannya, adakah wanita pada masa sekarang mampu menangani perkara sebegini di dalam hidup sehari-hari?
harap all of u leyfikir-fikirkan so goes 2 sy sdri...

~sekian~

No comments:

Post a Comment