February 2, 2011

Jangan mengharap!

salam 2 all of u...

today saya nk share mengenai kenapa kita tak perlu mengharap apa2 dalam hidup ini...
mama saya selalu pesan dekat saya...hidup ini sebaiknya kita jangan sesekali letak apa2 harapan sebab kalau kita terlalu mengharap kita yang akan kecewa.

saya bagi beberapa contoh...
contoh pertama awak menolong kawan awak menyelesaikan masalah dia dengan harapan dia akan menyelesaikan masalah awak bila awak berdepan dengan masalah.tetapi malangnya semasa awak ditimpa masalah,kawan awak tidak membantu tetapi sebaliknya menyusahkan awak dengan masalah dia. sedangan semasa awak membantu dia, awak mengharapkna dia membantu awak.

contoh kedua
saya pasti ramai yang pernah mempunyai kekasih.
semasa bercinta semestinya kita dengan pasangan kita menabur janji dan setia sedangkan jauh di sudut hati kita sendiri meragui janji itu. segala impian manis kita anyam semasa berkasih2 an ni. kita sebagai awek kepada kekasih kita tu akan cuba beri yang terbaik dengna harapan si dia akan memberi pulangan yang sama. tetapi apa yang kita harapkan belum tentu kita dapat dan kadang-kadang kita harapkan panas sampai ke petang rupa2nya hujan di tengah hari. hubungan yang kita bina dengan kasih sayang sejak sekina lama terputus di tengah jalan. jadi di manakan janji2 yang kita bina dulu dengan pasangan kita?

ini lah yang saya maksudkan dengan dalam hidup ini jangan mengharap. kita boleh berusaha dan berdoa dan meletakkah SEDIKIT harapan. tetapi jangan la berharap kalau kita sendiri tak pernah berusaha dan berdoa.

sekian~~

No comments:

Post a Comment