November 7, 2011

pengorbanan di hari raya korban

salam u ollz...
lma jgak sy x update blog tercinta nie...well2....mklumla buzy gila...sorry taw

so di kesempatan ni x terlambat rsanya sy nk wish selamat hari raya korban utk smua yg mengenali diri ni...

ok balik kepada kisah hari raya aidil adha a.k.a hari raya korban...mari kita renung sejenak sejarah hari raya korban ni...selain dari meraikan umat islam yang berjaya mengerjakan haji hari raya korban ni juga ada sejarah tersendiri iaitu ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

begitulah rentetan ceritanya...cerita 2 sy quote dr blog http://tarasakila.blogspot.com/2008/12/sejarah-hari-raya-aidiladha-atau-hari.html....blh la jenguk2 nnty yer


so berkisar pada hari raya korban tahun ni...saya telah mengorbankan masa dengan family which is saya habiskan masa dengan membuat esaimen yang menggunung tingginya...setinngi saya mungkin....masalahnya tinggi ke saya?ahaahaah

untuk raya aidiladha kali ni saya juga kena berkorban perasaan when org yg sy pnah syg meninggalkan saya...so terpaksa korbankan rasa di hati demi kepuasan hati dia...pling penting sy kena berkorban supaya tidak menangis depan family as last year msa mcm ni la si dia dtg berya dekat umah saya...masih igtkah kamu?mesti x igt kan? ~sigh~


n untuk raya korban ni juga saya juga korbankan masa tido saya untuk wat esaimen yang banyak gila 2...jdi bla dh stress sgt 2 sy pon terpksa korbakn sdkit msa n msuk chatroom...mcm2 gelagat sy jmap...ad yg ajak kawen,ad yg kta fall in love...klu yg nk berkenalan 2 besala kn....ahahaaah...siap ad yg pm pki im love2 2...ahahahaah...

ini la cerita hari raya korban saya...pling penting saya juga korban utk x amik mknan berat sbb nk jga diet sy....

sekian cerita di hari raya korban...bye2... jmpa lagi untuk post akan datang
:)

2 comments:

  1. People come n go, and there will always be the next person. The person that u think is best for u, might not be at all. Allah know whats best for. cheer up ya Amni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye kar_el....thanks for your support motivation words. insyaAllah...tk cre...keep in touch ^-^

      Delete